Explore more publications!

Pencalonan Global Water Awards 2026 kini dibuka dengan lebih banyak peluang untuk disenarai pendek

OXFORD, United Kingdom, Dec. 12, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Selepas menjalani penjenamaan semula, pencalonan untuk Global Water Awards 2026 kini dibuka sehingga 27 hb Februari, 23:59 GMT. Dengan kategori baharu berfokuskan AI dan senarai pendek yang diperluas, kini terdapat lebih banyak peluang berbanding sebelum ini untuk mempromosikan pencapaian anda kepada rangkaian global profesional industri air.

Global Water Awards ialah sebuah inisiatif oleh Global Water Intelligence (GWI). Mengiktiraf kecemerlangan merentasi 15 kategori dalam bidang air, air sisa, teknologi dan penyahgaraman, anugerah ini merupakan penghormatan paling berprestij dalam industri air di peringkatan antarabangsa.

Ramai daripada mereka yang disenarai pendek untuk anugerah ini telah berjaya memeterai beberapa perjanjian perniagaan terbesar yang pernah disaksikan oleh industri. Pemenang terdahulu terdiri daripada syarikat pengurusan air rentas negara, pelabur, firma EPC, utiliti, pengguna industri air serta penyedia air bukan berasaskan keuntungan. Lihat senarai penuh pemenang terdahulu: https://globalwaterawards.com/winners.

Pencalonan dibuka kepada semua dan senarai pendek dipromosikan kepada audiens GWI yang terdiri daripada lebih 40,000 pembaca. Para pemenang diumumkan secara langsung pada majlis Global Water Awards semasa Global Water Summit di Madrid. Pencalonan hendaklah dikemukakan sebelum 27 hb Februari, 23:59 GMT melalui portal selamat di laman web Global Water Awards: https://globalwaterawards.com/.

Untuk pertanyaan umum, sila hubungi: awards@globalwaterintel.com.

Perihal Global Water Intelligence

Global Water Intelligence ialah peneraju dalam bidang perisikan pasaran dan penganjuran acara, yang memberi perkhidmatan kepada industri air antarabangsa. Sepanjang 25 tahun yang lalu, kami telah membina perniagaan kami sebagai penghubung yang dipercayai antara pelanggan dan pasaran mereka, dengan menyediakan perisikan bernilai tinggi yang membolehkan mereka membuat keputusan strategik yang paling termaklum dan tepat untuk perniagaan masing-masing. Dengan itu, kami meliputi pasaran perbandaran dan semua sektor industri khusus, termasuk bidang teknologi, kewangan dan ekonomi.

HUBUNGI: Emma Little
SYARIKAT: Global Water Intelligence
TELEFON: +44 (0) 1865 954972
E-MEL: awards@globalwaterintel.com
LAMAN WEB: https://globalwaterawards.com/


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions